ada suatu hari, Pak Ali masuk ke hutan untuk mencari kayu api. Apabila
sampai di kawasan tasik, Pak Ali tergelincir lalu kapak buruknya
terjatuh ke dalam tasik. Tiba-tiba datang Pari-pari tasik kepada Pak
Ali.
Pari-pari: Apa masalah kamu wahai orang tua?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama sebilah kapak perak.
Pari Pari: Inikah kapak k amu?
Pak Ali: Tidak.
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
Pari-pari Tasik suka dengan sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.
Beberapa hari kemudian Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama
bersama isterinya. Kali ni isterinya pula yang jatuh ke dalam tasik. Pak
Ali susah hati. Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Ali..
Pari-pari: Kenapa kamu bersedih wahai orang tua?
Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.
Pari-pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."
Pari-pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".
Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata
'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela
Anderson...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan
isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga
padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua"
Sila Pilih Kategori Cerita Untuk Mendapatkan Lebih Banyak Cerita Mengikut Kategori :)
- BEST VIDEOS (3)
- Cerita Kelakar (148)
- DOWNLOAD MOVIES FREE (5)
- Funny Pictures (36)
- Ikhlas Dari Admin (10)
- Ish ish ish (9)
- Pelik dan Melucukan (14)
- Tutorial (3)
Tuesday, May 29, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
AISHITERU bermaksud I LOVE U nak kongsi satu cite haritu admin ader lah tanyer abg sorang ni laa kan..dia tgh dgr lagu aishiteru yg dinyany...
-
Nak jadi pe ni? Pakai selendang tapi nape dia pakai seluar dalam saje? Nak kata budak, badan pon mcm dah kawin.... Tp?? em... tu lah rea...
-
Apa hal ni ? Pakai baju tak ? huhuuu .. ni la trend zaman sekarang , patern baru kot , ni kat Jepun wow !! bahaya la kalau ada baju ni ...
-
Lain Tempat Lain caranya, lain budaya dan lain juga kefahaman dan perbuatan ruji mereka. Kali ini kita lihat papan tanda atau tanda amara...
No comments:
Post a Comment