Dah nak cuti raya..bila cuti kami drive hampir sehari suntuk bila nak balik kampung. Maka, ada la beberapa perkara tentang pemanduan yang mengguris hati dan hidung ni.. Disebabkan itu, kami dah buat beberapa jenis kategori pemandu di Malaysia ni. Haaa.. Nak tau? Jom layan !!!
5 Jenis Pemandu Di Malaysia :
- Pemandu Kedekut CahayaJenis pemandu ni adalah pemandu yang kedekut nak memberikan lampu signal ketika membelok! Haaaa.. Yang membahayakan, time tengah sedap sedap je follow, tetiba je masuk simpang.. Tak ke hangin? Nak lagi hangin? Tengah tengah ready nak masuk simpang, tetiba je ada kereta meluru keluar. haihhhh.. Angin tak? Hehe.. .
- Pemandu Terkejut TerkejutJenis pemandu ni pulak adalah jenis pemandu yang suka sangat menekan brek semasa memandu. Brek tetap ditekan walaupun tiada sebarang kemungkinan membuatkan mereka ingin menekannya. Akibat nya? Orang yang follow belakang turut sama berada dalam situasi“Terkejut terkejut” ..
- Pemandu BotoxJenis pemandu ni adalah pemandu yang gemar “mencucuk” belakang kenderaan lain sebagai tanda diorang power rangers. Haaa.. Aktiviti ”mencucuk” umpama cucuk botox ni boleh membahayakan kesihatan dan membuatkan terjadinya situasi cucuk mencucuk . .
- Pemandu Hilang IngatanJenis pemandu sebegini pulak selalunya terjadi pada orang yang pelupa dan pendatang baru. Mereka sering kali membuat keputusan diluar jangkaan seperti, membelok sesuka hati akibat ketidakpastian jalan dan jugak membrek secara mengejut untuk melihat arah. Bahaya kan? .
- Pemandu TerjulurJenis pemandu ni pulak jarang jarang ada, tapi aku baru je kena tadi. Pemandu terjulur adalah pemandu yang sering mengeluarkan tangan atau kepala dari tingkap hanya untuk bersembang dengan rakan di kenderaan sebelah. Huhu.. Bahaya woooooo… Hilang kepala kang..
Ni la jenis jenis pemandu yang dikategorikan oleh HimpunanCeritaLawa mengikut pengalaman di jalan raya.. Hehe.. Nasihat Kami, ikutlah peraturan yang ditetapkan . Sebab, sekali silap je, tak boleh nak putar balik masa..
No comments:
Post a Comment